Saturday, June 17, 2017

“For every matter there is an appointed time given.”


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Zati akan datangg. haha Its been awhile youu,
Okay tipu bnyak je draft tak publish ;p

AllahuAllah, cepatnya Ramadan-Mu tahun ini, sungguh pejam celik pejam celik bangun sahur, buat kerja, tidur, iftar, terawih, tidur, sahur balik sekajap je dah masuk 10 Ramadan terakhir, huuu sobs sobs. Sunnguh setiap Ramadan tu ada perasaan yang berbeza bagi aku, contohnya Ramadan kali ini lebih banyak sayunya, kejap kejap mengalir air mata, kenapa ntah hormon gadis dua puluh lima tahun mungkin. *yang single . batuk sekejap. okay dah. istighfar balik :')

Well, sesungguhnya post ini adalah bertujuan untuk diri sendiri untuk tak mengada ngada beri alasan pelbagai dan tak rebut peluang yang macam cakoi panas panas gebu dekat gombak yang selalu habis tu ada segrombolan kat depan mata. *istighfar balik dengan penjodoh bilangan awak. ianya adalah tentang 'What you can do, when your period comee?? i mean yelah, time Ramadan and lagi subhanaAllah time 10 ramadan terakhir. Rasanya izzati yang dah hidup suku abad ni takkan nak ambil masa ni tengok running man, baca novel, jjaln tak berfaedah , gelak ketawa riang gembira oh duniaaaaa aku yang punya. tak kan? insyaAllah, moga kita sentiasa dipelihara-Nya sentiasa.

Yalah, lagi lagi teringat cerita yang Malaikat Jibril berdoa and Rasulullah s.a.w amin kan, Nabi panggil sahabat semua datang ramai ramai kat mimbar then bila diaorang datang Nabi pun naik tangga mimbar yang pertama and Nabi bersabda 'aminn' then naik tangga mimbar yang kedua ,'aminn' dan seterusnya yang ketiga, 'amin' . Sahabat pun pelik lah kenapa Nabi mengaminkan doa, dan Nabi melakukan sesuatu yang diaorang tak pernah nampak Nabi buat. Nabi Muhammad s.a.w menjawab,


“Sesungguhnya Jibrail AS telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut.
“Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya.
“Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.”

(Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi daripada Ka’ab bin Ujrah

AllahuAllah, no that is not my style, taknak jadi orang yang rugi and lagilah i want to take this opportunity ! Dahlah dosa bertimbun, pahala pun korang :'( Allah penuh dengan cinta, rahmat, kasih dan sayang tau bulan ni, bayangkanlah pintu syurga dibuka seluas-luasya and pintu neraka ditutup serapat rapatnya. Bulan ni Allah nak dengar kita berborak, mengeluh, gossiplah , mengaduh dan berkasih sayang dengan Dia. Dia nak ampunkan kita, Dia nak kita bersama Dia dia dalam syurga nanti, Dia nak kita boleh hidup riangnya di syurga dengan orang orang soleh, keluarga, sahabat, orang orang yang kita sayang kerana Dia dan yang paling penting bertemu Kekasih-Nya Rasulullah s.a.w.
 Moga kita dalam kalangan yang terpilih.
Okay back to our main point, apa yang kita boleh buat jika datang bulan time Ramadan? ( ohhhhhmyy panjangnya introduction! ingat thesisPhD ke nenek!!?? okay teringat LR tak siap lagi :( )
alamak, Battery dah nak habis nampaknya haha point kita buat sikit sikit je boleh tak? okay lah, kita nak idea je kan, antara buat ataupun tidak :)
Yelah, nak kejar MALAM SERIBU BULAN, LAYLATUL QADR :')

So antara ibadah yang kita boleh buat ketika period di bulan Ramadan adalah :
1) Dekatkan diri dengan Al- Quran 
Actually mengikut pembacaan aku Al-Quran boleh dibaca ketika period tetapi tidak boleh disentuh mushaf Al-Quran tu sbb kita time tu berada dalam keadaan kotor and Al- Quran hanya boleh dipegang semasa kita dalam keadaan suci dan bersih :) you know spend time reading Tafseer, Tadabbur Quran cakna cerita cerita, panduanm teladan dalam Al-Quran, sebagai orang Islam, Quran should be you BFF tauu , (I'm talking to myself here). Dan ada beberapa keadaan, sebagai contoh orang yang sedang menhafaz Al-Quran dikhuatiri dia lupa bacaan tersebut so dibenarkan.
( Terpaksa cari charger jugak sebab taknak terkejut melompat tiba tiba gelap)

2) Banyakkan berzikir
Ya Allah, ni lah ibadah paling senang rasanya, duduk mana mana tengah makan keropok siang hari sambil nonton Ketuk Ketuk Ramadan tu boleh je nak SubhanaAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar, and sebab kita ni pendosa paling tak sedar diri istighfar lah seribu kali juga :'( And selalunya kalau time tolong basuh pinggan orang orang bangun sahur tinggal tu bacalah zikir lagu lagu skit ala yang , hasbi rabbi jala Allah, ma fi qalbi ghairul Allah, Nur Muhammad Salallah La ilahailaAllah, best kot rentak dia sebb boleh jerit jerit haha

3) Memasak atau if MALAS masak beri makan lah pada orang yang Berpuasa
Rasanya kebanyakan orang tahu tentang hadith Rasulullah s.a.w yang jika seseorang itu beri makan pada orang yang bepuasa, dia akan dapat pahala sama macam pahala orang yang berpuasa itu tanpa kurang sikitpun (Tarmidhi), say whaaaat! kita dapat makan , and dapat pahala sama mcam orang berpuasa? Baiknya Tuhan kita ni kann?:) And ada lagi satu Hadis Baihaqi, Rasulullah bersabda jika kita memberi makan atau minum pada makhluk Allah yang lapar dan berpuasa time tuu sehinggalah orang itu kenyang, Allah akan bagi kita minum air sungai Rasulullah sampaikan kita tidak akn rasa dahaga sehinggalah kita masuk syurga. :')

4) Kerja Sukarela
Ringankanlah tangan untuk menolong sesiapa pun, ya Allah lupakah anda pahala anda agak kurang dan anda punya cita cita untuk ke syurga selama lamanya dan apaa di Bulan Ramadan ni semua pahala dikira ibadah fardhu? Apa? Ibadah Fardhu jadi double? Okay lagii" Mereka yang terbaik adalah mereka yang beri manfaat dan kemudahan pada orang lain" So, jom tolong, senang memudahkan kerja orang lain?Terutama our mama dan papa !!! never say no to them, zati dengar tak tuuuuu ni jap, jap berapa kali nak kejap >,<

5) Perbanyakkan Berdoa 
 Sungguh guys, never underestimate the power of du'a !! Seriously ! Berdoalah, Pohon, Mengadu, Yakin dengan Ketentuan Dia. Janganlah time susah je kita sibuk di tikar sejadah tapi time senang kita sibuk di laman sosial pula. Allah hanya nak dengar rintihan kita je, Dia rindu keluhan kita, ingat, why He created us? Jadinya, Bergantunglah satu-satunya pada Dia. Allah. Tuhan Kita. Pencipta yang Esa. He knows best. Pahit mcm mna pun yang perlu ditelan yakin pada kemanisan akan datang dan Ketentuan yang diizinkan untuk kita, k? InsyaAllah.

Sungguhnya sis dah mengantuk, cukup lah kot kali ni bagi lima insyaAllah ada masa lagi yang lain sis kongsi yang lain pula ya sebab rasanya dah cukup panjang ni and hmm bukannya ada pembca pun tulisan ini. kah kah kah. apapun buatlah segalanya ikhlas niat untuk kebagaiaan kita juga di sini dan di sana kelah. moga Allah jadikan kita antara yang terpilih dan sentiasa jadi perhatian Allah sentiasa, insyaAllah jom jadi lebih produktif di hari hari terakhir Ramadan ini, kurangkan perkara tak bermanfaat, kurangkan tidur dan lakukan kebaikan sebanyak mungkin dan kalau boleh tambahilah ilmu yang bermanfaat sebaiknya! k? Stay positive and spread love and da'wah yaa.

No comments:

Senyum

 Lihat aku pada post sebelum ini. Pastinya kala itu aku sedang kecewa. Mungkin. Bersyukur aku kerana Tuhan itu Maha Kasih. Beri aku lupa den...