Friday, March 31, 2017

TO THE NEXT LEVEL

 VLOGSISTERS.MY

Alaa, Assalamaualaikum guyss, eh tak assalamualaikum zati yang akan datang !! haha
Lama rasanya tidak menulis something yang takde format ni,<3 p="">lalalalaal
Dalam masa sebulan lebih ada lah beberapa situasi penting yang datang which I can say sesuatu yang aku least expected. That's why kuasa 'doa' is the main main MAIN main important part dalam hidup ni. Lepas konvo master hari tu , I was like sedikit clueless nak sambung atau pun you know time to have income sbb banyak sngat mulut potpetpoet yang nak kena sumbat ice cream baru senyum terima seadanya. Okay. aku taknak menyalahkan sesiapa. yes. sebenarnya aku sendiri yang bersalah, yang tak pandai buat keputusan, yang sampai semua offer yang aku dapat tolak mentah mentah sebab diri sendiri tak pasti dengan tujuan hidup, yang sampai masa berjalan dengan terlalu pantas sampai tertinggal serba sedikit patutnya nikmat kehidupan, tapi Alhamdulillah Allah sedarkan aku saat aku "kosong" itu , saat semua "tawaran" itu mungkin sudah diberi pada orang lain atau mereke mereka yang beri tawaran itu dah lupa akan si izzati ni. Huu.

Sekali lagi aku tekankan kuasa 'doa'. Di saat kau rasa buntu, hilang pengharapan atau pedoman, eh, haha, kembali pada Dia. Dia Masih ADA, Dia Masih Mendengar, walau sebelum ni telah banyak kali kau tinggalkan Dia. kau just perlu angkat tangan dan berdoa, mohan petunjuk, mohon kekuatan, mohon kemudahan dalam kehidupan, Dia pasti beri sesuatu sebab Dia sentiasa mahu yang TERBAIK untuk hamb-Nya. Aku pernah berada dalam situasi itu, situasi yang segalanya nampak pudar sahaja, lemahnya diri aku tu yang aku mampu hanya berdoa di hati.

Alhamdulillah, Allah takdirkan aku untuk sambung lagi belajar ke peringkat terakhir pelajaran dalam seorang insan itu, iaitu Doktor Falsafah which yang sebelum ni time sekolah or even time degree dulu pun aku tak pernah terbayang semua ni.Peluang untuk belajar di antara universiti "research" yang agak veteran di Malaysia adalah suatu yang amat -youknowwhat-.  Kehidupan aku memang berubah I can say takde lah 360 darjah tapi saat kau mula PHD you know that yang kau sudah berada dalam dunia yang berbeza, persepsi kehidupan yang lebih luas, and benda paling obvious adalah DISIPLIN and COMMITMENT. insyaAllah dengan izin-Nya moga Allah mudahkan perjalanan PHD Nor Izzati Zafirah Azmi sehingga lulus akhirnya. Ameen Ya Rabb. ( *thanks doakan ! haha)
And another achievement unlocked adalah hahahahahah. I'm a Youtuber now !!!hahahahahahahaha, okay malu kat diri sendri, tapi sebab yalah rasa macam hei izzati, kau just nak belajar je ke, nanti = kebajikan akhirat mana nak dapat? okay, down sekejap. hmm tulah my bfriends and I come out with this idea, yang macam sedikit usaha tapi punya cita cita yang besar, camtu ! yang ada visi dan missi yang menggunung tingginya. Sebenarnya takde lah publish secara besar-besaran lagi, buat msa sekarang share dgn kwan kwan je but who knows one fine day, ramai orang lagi boleh dapat "sesuatu" daripada VS ni. huu, and saja je nak share kat sini if adalah orang yang baca but who knows kan, Allah knows better so Allah gerakkan hati untuk share, so I share lah yaa, we present to you VLOGSISTERS! Boleh follow our instagram dengan click link kat atas tu! haha

<3 3="" allah="" and="" boleh="" comment="" do="" follow="" haha="" improvements="" instagram="" jugak="" k="" kann.="" kitaorang="" lah="" lepas="" moga="" nbsp="" or="" our="" please="" redha="" review="" say="" so="" some="" something="" tengok="" vlogsisters.my="">



Friday, February 17, 2017

#zloveverses Al- Takathur

Bismillahirrahmanirrahim😉
Jadinya untuk first surah or love verses yg saya nak share adalah surah al- Takathur, surah no 102, Juz no. 30 and ada 8 ayat yg diturunkan di Makkah.

Kenapa pilih surah ni, boleh tak ckp random.Allah takdirkan untuk mula Dengan surah ni yg Bila aku belek belek asyik Keluar surah ni je, so maknanya apaa. 😝😝

Well, surah at Takathur adalah surah tentang bermegah megahan yang kata lainnyaa orang yg sombong Dengan harta kekayaan Dia, yang focus hidupnya adalah Dengan kemewahan.  Dia sibukkan diri Dia untuk mencari keuntungan, harta dgn niat untuk org pandang Dia tinggi. Ala maksudnya mcm Kau Kerja sungguh sungguh tu untuk dpt 'nama' pangkat Dan harap Kau disanjung tinggi oleh orang ramai, and Bila Kau ke mana mana orang kagum yg teramat Dengan kekayaan Dan kejayaaan Kau and Kau sangat amat Bangga Dengan apa yg kau capaikan Dan menunjuk nunjuk.
Amboi,Panjang pulak penerangan pasal kemegahan hidup ni, point asal tak sampai lagi. 😂
Basically, Surah At-takathur ini mencela org yg  disibukkan dgn kemewahan ini lah Dan akan diperingatkan segala hasil titik peluh, kekayaan yang Dia dapat masa Kat dunia dulu, and setiap nikmat yg diperoleh akan ditanya masa kiamat nanti.

Surah ini fokusnya pada org yg Bangga Dengan harta, anak anak, pangkat Dan pengaruh yg dia ada sampai lupa untuk taat Dan ibadah pada Allah, Dan lalai siapa pemberi rezeki sebenarnya, Diorang ni yg mcm my wealth, my effort lah. Lupa pada Dia yang memberi Dan lupa tujuan sebenar manusia itu dicipta. Tersasar tujuan yg di mana di dunia ini, untuk kita kumpul bekalan di akhirat nanti.Allahu. Moga Allah jauhkan daripada sifat sifat yg mcm ni.

My fvrt LV: Ayat No.5 ; Sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui- (apa yang kamu akan hadapi) - Dengan pengetahuan yang yakin tentulah kamu akan mengerjakan perkara perkara yang akan menjadi bekalan kamu untuk Hari akhirat.

Tu lah serba sedikit yg aku phm psal surah ni, inginku tegaskan yang Banyak lagi penerangan yang lebih Jelas tentang surah surah di Al-quran yang korang boleh cari kitab kitab or buku buku. Post post yg disertai #zloveverses hanyalah untuk pembelajaran sang izzati yang sedang berusaha untuk menambahbaikkan dirinya, Dan hanya menggunakan Rujukan Utama iaitu, Al-Quran kitab Dari Nabi Muhammad s.a.w. 😊 Nervous kita.

Bagi knowledge seeker,if ada masa yang lapang yang Nak tahu lebih mendalam tentang surah surah ni boleh join class orang yang lebih berkelayakan Dan berillmu dalam bidang ini. Okay.

let's spread the love 😉😉😉

Monday, February 13, 2017

#zloveverses

Assalamualaikum :)

so I decided to start a new thing. #zloveverses . Haha, takde apa pun actually cumanya sesuatu yang memang dah lama saya nak buat, tapi tak buat buat, kenapa ntah, Stn banyak sngat, makan benda syubhah la tuu. eh. Astaghfirullah, moga Allah jauhkan. :'(

Permulaan ini untuk satu yang bermanfaaat untuk 'saya' , 'aku' yang akan datang, yang mungkin saat itu sibuk main perasaan konon tengah onak dan duri tapi hakikat sbenar hanya kena blue tick kat whatsapp. haila.

Disebabkan ada masa yang agak free sekarang dan sebelum masa yang sibuk itu datang, ayuhlah kita manfaatkan masa yang diberi oleh Allah ini sebaiknya! dengan izin Allah, moga Nor Izzati Zafirah Azmi menjadi Muslim yang Produktif sehingga akhir hayatnya, Amin Ya Rabb :)

Bismillahirrahmanirrahim, chaiyok!!

Monday, February 6, 2017

#zthoughtoftheday five

Setiap orang ada cerita dia sendiri, ada plot tertentu dalam hidupnya
Setiap orang ada tawa dalam harinya, ada senyum yang panjang dan menenangkan
Setiap orang ada air mata yang hadir tanpa di pinta, yang jatuh tanpa jiwa
yang rasa itu macam adanya rasa. Allah itu maha Adil, Susah bagaimana, resah, pahit, mencengkam
Semua itu hanya seketika sahaja. Bagaimana kita corak rasa selepas itu. keyakinan yang kita rasa, Tentukan dengan kebahagiaan dan ketenangan.

Jangan biar rasa marah, hiba, suram itu mengikut sama rentak kehidupan dalam cerita kita,
Dia beri hidup di dunia in hanya sekali, Biarlah yang sekali itu yang terbaik, yang kita kagum bila kita ingati kembali, yang kita rasa bangga bila kita kenangi nanti.

Jangan biar larut hati yang malap itu masuk dalam senyum tawa yang indah itu. Terus yakin dengan masa seterusnya. Yakin dengan ketentuan-Nya. Dia letak kita sudah pada tempat-Nya cuma bagaimana cara kita plot "rasa" dalam cerita kita itulah bezanya.


Thursday, January 19, 2017

#zthoughtoftheday four

Assalamualaikum, sungguh apa yang berlaku itu ada hikmahnya, setiap ujian yang ditimpa itu ada sebabnya. Sama ada kita Makin jauh dgnNya atau Makin dekat. Dalam bnyak segi ujian itu datang yang kadang kita pun tak Sedar itu adalah ujian Dan kita pandang Lewa atas sesuatu Dan mngambil sikap 'tidak mengapa' Dan langsung tidak berusaha untuk mengatasinya. Memang agak susah atau pahit, tapi percayalah Allah sentiasa bersama kita, di sisi kita malah lebih dekat Dengan kita Dari saluran darah kita sendiri Dan Dia hanyalah mahu yang terbaik Dari kita. Until I found this ayah, Allah tidak akan menzalimi sesorang manusia itu, melainkan mereka menzalimi diri mereka sendiri. Sebab itu, masa lapang Dan kesihatan yang Baik merupakan ujian terbesar dlm hidup sesorang. Sebab dgn adanya kelapangan masa itu boleh membawa kepada pelbagai perkara negative Dan waktu ini syaitan paling seronok Nak ganggu melihat kita sedang gembira tiada komitmen Dan activity ini boleh juga membawa kepada gangguan kesihatan Dan seterusnya menganggu kita melaksanakan ibadah yang sepatutnya. Lalu, kena terus sayangkan diri sendiri Kerna hanya ada seorang 'awak' atau 'kamu' dalam dunia ini Dan 'saya' itu sendiri yang perlukan tuntutan keputusan nanti Sama ada menerima Dengan tangan kann atau tangan kiri. Pilihla yang terbaik untuk diri kita kerana itu yang ibu Dan bapa kita Nak Dan impikan sejak mereka mengetahui kehadiran kita. Teruslah berusaha walau pahit, walau tidak mampu sebab akhirnya yang kekal nanti di syurga yang pastinyaa kita mahu Bina bersama yang tersayang.

Saturday, December 10, 2016

#zthoughtoftheday two

Assalamualaikum 😉 sebelum tidur rasa macam Nak share ni, Baru je tadi terbaca macam cucuk amat rasanya Dengan kondisi soul tu. Haha

💕Hati yg Baik Dan konsisten adalah apabila sesorang itu Dengan Allah semakin taat, Dan Dengan manusia beri manfaat.  💕

So Bila fikirkan balik kena lah Dengan konsep hablu Mina Allah, hablu Mina Annas yang directly maksudnya hubungan Dengan Allah,hubungan Dengan manusia.  Dan broadly, Bila kita ada hubungan Baik dgn Allah, InsyaAllah automatically hubungan kita akan Baik dgn sesama manusia. Jadinyaaa, jadinya apa? 😝 jika hubungan kita Dengan manusia pun macam agak longgar or ada je selalu tak kena or mcam tak boleh Nak ngam tu, kemungkinan (harus paham konsep kemungkinan ya) besar there might be something wrong jugak Dengan ibadah kita, Dengan hubungan kita Dengan Allah.

Aku seakan lupa konsep ini yang sebenarnya memang logik untuk brain sangat tinggi. Konon kita dah jaga hubungan Baik Dengan Allah, ni orang tak senyum balik pun dah 'eh eh eh Dia nii, Tarik balik senyuman kan ' ngomel ngomel dalam Hati. Rasanya Tidak sampai lagi rasa ikhlas tawadduk lillahitaala tu. Teringat satu quote dulu dulu pernah Baca, jika kita letakkan Allah di Hati, dalam diri kita dunia ini telah kita kuasai. Meaning here, jika kita fhm Dan aplikasi betul betul konsep tauhid tu, InsyaAllah dunia ni dlm genggaman kita termasuklah hamba hamba Allah yang lain.

Namun begitu, perasan tak manusia ni ada satu perasaan tu yg selalu ada je tak kena Dengan manusia yang lain, yg mcm astaghfirullah tengah elok elok gembira tertawa bersama tiba Tiba datang Si penjahat berhati busuk tinggalkan tompok tompok hitam dlm landasan Hati yg buat kita dua tiga kali cari kesalahan sesorang tu, kan kan kan? Betul tak? Or is it just mee? Haa sedihnya lah camtuu, kenapa susah sangat Nak sngka Baik? Sampai kadang kadang tu saya nangis Kat diri sendiri yg mcm sibuk Nak #cepatperasan negativity orang lain. Padahal tahu je cerita yg Rasulullah s.a.w. sendiri  pun akan treat orang yg Baginda jumpa sebagai best friend, smpaikan orang tu rasa mcm ada special place dalam Hati Baginda. Huuu. AllahuAllah,  moga Allah pelihara jiwa saya Dan anda anda semua yg membaca (zati yang akan datang as I'm the only one yg Baca blog ni hahahahaha). 

Moga kita sendiri terus Cuba pelihara hubungan rapat Dengan Allah Dan seterusnya hubungan rapat Dengan manusia.

Okay, selamat malam! Udah tiga pagi ini. Moga terus istiqamah zati 💪

Friday, December 9, 2016

#zthoughtoftheday one extra

Hii assalamualaikum, buat apa tuu?

Susah juga untuk menulis ya? Bila mana terlalu banyak cerita yang mahu bicara. haha. so keep calm zati and trust yourself. eh macam tak relevance je. >.<

So, the first cerita yang i wanna share is actually takde lah apa sngat. It just me yang mengada rasa macam tu. Tapiii, Allah teaches me well. Macam please zati wake up and face it. You know, alhamdulillah i just graduated my Master Degree so now preparing untuk PhD, then tak tahu lah kenapa mengapa tertapa aku begituu, i was like so down yang amat amat. Entah. mungkin because of the surrounding kot yang macam everyone semua dah bekerja yang macam you know berkerjaya, ada duit untuk bagi pada parents and meee?? I got nothing to give yang sikit sikit je boleh bagi. ENTAHKENAPA. And at the same moment dalam perasaan cerita ni, I went to a seminar yg mcm preparation untuk phd astaghfirullah, subhanalla, semua orang yang hebat hebat, yang SANGAT BERPENGALAMAN okay, like who am I, who am I, saya hanyalah gadis berumur 24 tahun yang baru sahaja menghabiskan pengajian ijazah sarjana yang ibarat kura kura dalam bidang penulisan ini yang like gedebuk gedebak banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak tak terkira ilmu research yg i need to learn. hye, such tiny lady with big figures. memang jujur tak terkata, yang saya sngat down sebelum(BELUM RASA LAGI) , ketika dan selepas program tersebut. yang lagi kelakar si budak gemuk ini duduk betul betul di hadapan penceramah penceramah yang semuanya professor belaka yang bila if nak kena kira berapa orang perempuan, saya akan jadi yang pertama dalam kiraan tersebut. 

its hard guys, bila ( sorry to say this, banyak sungguh saya dah tulis then tiba tiba internet tak connected dan sungguh kelakar lagi 'dia' tidak automatically save lalu segalanya telah hilang ibarat rasa cinta pada stranger yang jumpa di hari konvokesyen)

kerana saya sudah mengantuk untuk menulis kembali, terimalahhh......


selamat jumpa lagi. moga Allah sentiasa pelihara setiap keputusan yang kita buat dan laksanakan, amin. moga Allah rahmati hari awak !!