Thursday, January 28, 2021

Pelajar Postgrad yang disakiti

Bismilahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Ntah, just rasa nak repond pada tulisan yang baru baru ni aku baca dekat IIUM confessions. Well sebab apa aku tulis kat sini sebab untuk rujukan aku sendiri dan hanya balasan pendapat aku sendiri. I know and acknowledge other people's opinion. Aku paham mungkin confessor antara pelajar postgrad yang tersakiti. emosinya terutama.Aku paham pada pendapat yang zaman ini belajar tinggi seperti tidak relevant. Yelah, tanpa ijazah mahupun SPM pun seseorang itu boleh berjaya malah bukan setakat itu dilimpahi juga kemewahan dan ternama. Mereka yang belajar ini seakan hilang arah dan tapak ke mana harus dituju, itulah zaman 2020 ini. Zaman orang terpelajar dipandang enteng dan direndah rendahkan. Tidak keterlaluan kalau aku katakan , mereka yang belajar tinggi lebih rasa rendah diri dan kalau boleh tidak mahu orang tahu pun. 

Sungguh, aku bersetuju dengan confessor tidak perlulah sambung belajar ketika ini, kalau jiwa mereka tidak kuat. tetapi aku menulis untuk mereka yang SEDANG melaluinya, sedang menempuhinya, seperti aku. soalan yang sama aku terbaca di ruang komen, adakah saya yang sedang ini perlu berhenti belajar? Tipulah. pasti ada ketika dan detik rasa mahu berhenti dan perasaan kosong datang tiba tiba. Tapi .. kekuatan itu datang dengan tujuan pertama aku sambung? Bukan tiada peluang pekerjaan yang datang tiba, tapi istikharah hati ditetapkan di sini, ruang ilmu. Mungkin masa depan itu masih samar samar tapi kekuatan kepercayaan pada Taqdir dan penerimaan tawakal pada Tuhan Pencipta lebih teguh. Bukan senang untuk tiba di sini.. Tenanglah wahai pelajar Master mahupun PhD. Pemerhatian aku, jaranglah nak tengok ilmuan2 pandang rendah pada orang yang tiada pelajaran ataupun orang yang tidak tahu. Selalunya mereka akan lebih diam dan teruskan sumbangan mereka pada ilmu. Mcm ada kata, SEMAKIN TINGGI ILMU SESEORANG, SEMAKIN RENDAH HATINYA. Ingatlah tujuan pertama kita. 

Aku tahu, kewangan. pandangan saudara mara, pandangan orang lain pada kita, malah pandangan pada diri sendiri jugak membangkitkan konflik. Yakinlah. Menuntut ilmu itu bukan senang, kan ada Hadis siapa yang mencari dan menuntut ilmu Allah akan permudahkan jalannya ke syurga. Aku rasa orang yang sibuk kata "alah, sambung belajar bukannya dapat kerja terus." " aku belajar sampai SPM and sekarang dah ada rumah sendiri and bahagiakan mak ayah aku". lupa atau memang tak amik tahu. apa itu Master atau phd. Untuk pengetahuan, kajian ini berbeza dengan FYP yang selalunya kamu rasa lega bila dah habis. kajian postgrad adalah kajian yang jauh lebih mendalam yang bukan sekadar tentang topic interest sahaja malah dalaman kajian itu sendiri. Dapatan kajian itu seterusnya akan digunapakai dalam urusan harian anda, jual beli business anda yang berjuta juta itu, datangnya dari teori2 si kajian pelajar pelajar yang tiada pekerjaan tetap ini. Hormatlah. Hormatlah antara satu sama lain. tidak perlu merendah rendahkan keputusan orang. Rezeki itu luas dan pelbagai aspek. Dunia ini sementara, akhirat kelak yang kekal. YOU do YOU. 


Aku sendiri dah penat nak rasa rendah diri dan meragui keputusan yang aku buat, malah penat dengan persepsi orang yang pelbagai macam, aku sedar nak beri kefahaman pada setiap orang yang tak tahu itu susah, lalu aku pilih untuk ubah hati dan kekuatan aku. InsyaAllah, teruskanlah sehingga ke garisan penamat. memang kadang kadang nak putus asa. tapi ingat dulu, berapa kali keluar berita ramai graduan doktor medikal menganggur lah, dan ramai berputus asa denagn menukar karier tapi sekrang, menjadi doktor adalah pekerjaan yang sangat dipandang tinggi dan ramai terinpirasi untuk sama sama menjadi 'frontliner' . Beri dan buat yang terbaik di setiap posisi ada. Bersangka baik pada diri dan Tuhan Pencipta kita, Allah. 

Akhir sekali nak share one quote by Umar ibn Hattab : Ilmu itu ada tiga tahap, pertama dia akan sombong, kedua dia akan rendah hati, ketiga dia akan merasa dirinya tiada apa apa. 
Ayuh, ramaikan ilmuan dan cerdik pandai Islam di muka bumi ini.InsyaAllah.

Prof. Dr. Nor Izzati Zafirah Azmi (sekadar inspirasi tiada tujuan kemegahan ya)

No comments:

Senyum

 Lihat aku pada post sebelum ini. Pastinya kala itu aku sedang kecewa. Mungkin. Bersyukur aku kerana Tuhan itu Maha Kasih. Beri aku lupa den...