Saturday, December 10, 2016

#zthoughtoftheday two

Assalamualaikum 😉 sebelum tidur rasa macam Nak share ni, Baru je tadi terbaca macam cucuk amat rasanya Dengan kondisi soul tu. Haha

💕Hati yg Baik Dan konsisten adalah apabila sesorang itu Dengan Allah semakin taat, Dan Dengan manusia beri manfaat.  💕

So Bila fikirkan balik kena lah Dengan konsep hablu Mina Allah, hablu Mina Annas yang directly maksudnya hubungan Dengan Allah,hubungan Dengan manusia.  Dan broadly, Bila kita ada hubungan Baik dgn Allah, InsyaAllah automatically hubungan kita akan Baik dgn sesama manusia. Jadinyaaa, jadinya apa? 😝 jika hubungan kita Dengan manusia pun macam agak longgar or ada je selalu tak kena or mcam tak boleh Nak ngam tu, kemungkinan (harus paham konsep kemungkinan ya) besar there might be something wrong jugak Dengan ibadah kita, Dengan hubungan kita Dengan Allah.

Aku seakan lupa konsep ini yang sebenarnya memang logik untuk brain sangat tinggi. Konon kita dah jaga hubungan Baik Dengan Allah, ni orang tak senyum balik pun dah 'eh eh eh Dia nii, Tarik balik senyuman kan ' ngomel ngomel dalam Hati. Rasanya Tidak sampai lagi rasa ikhlas tawadduk lillahitaala tu. Teringat satu quote dulu dulu pernah Baca, jika kita letakkan Allah di Hati, dalam diri kita dunia ini telah kita kuasai. Meaning here, jika kita fhm Dan aplikasi betul betul konsep tauhid tu, InsyaAllah dunia ni dlm genggaman kita termasuklah hamba hamba Allah yang lain.

Namun begitu, perasan tak manusia ni ada satu perasaan tu yg selalu ada je tak kena Dengan manusia yang lain, yg mcm astaghfirullah tengah elok elok gembira tertawa bersama tiba Tiba datang Si penjahat berhati busuk tinggalkan tompok tompok hitam dlm landasan Hati yg buat kita dua tiga kali cari kesalahan sesorang tu, kan kan kan? Betul tak? Or is it just mee? Haa sedihnya lah camtuu, kenapa susah sangat Nak sngka Baik? Sampai kadang kadang tu saya nangis Kat diri sendiri yg mcm sibuk Nak #cepatperasan negativity orang lain. Padahal tahu je cerita yg Rasulullah s.a.w. sendiri  pun akan treat orang yg Baginda jumpa sebagai best friend, smpaikan orang tu rasa mcm ada special place dalam Hati Baginda. Huuu. AllahuAllah,  moga Allah pelihara jiwa saya Dan anda anda semua yg membaca (zati yang akan datang as I'm the only one yg Baca blog ni hahahahaha). 

Moga kita sendiri terus Cuba pelihara hubungan rapat Dengan Allah Dan seterusnya hubungan rapat Dengan manusia.

Okay, selamat malam! Udah tiga pagi ini. Moga terus istiqamah zati 💪

No comments:

Senyum

 Lihat aku pada post sebelum ini. Pastinya kala itu aku sedang kecewa. Mungkin. Bersyukur aku kerana Tuhan itu Maha Kasih. Beri aku lupa den...