Tuesday, December 29, 2015

fitrah jiwa

mungkin aku harus mula jujur
entah mengapa sejak beberapa hari ni hati aku mula
rasa gundah gulana, berderbar jiwa tidak tentu arah rasanya, sesak sentiasa
entah lah, mungkin itu fitrah jiwa berumur dua puluh tiga dan
memikirkan angka yang makin bertambah dari hari ke hari

tipu jika aku rasa selesa dengan keadaan ini,
tipu jika aku kata tiada rasa apa apa.
Tapi perasaan yang belum bersedia itu lebih langkaui segalanya
entah, aku rasa susah, payah, sangsi, malah kekok untuk bermula
gentar jiwa untuk mencuba.

tipu lagi jika tidak cemburu pada mereka
tpu lagi jika tidak resah jelingan aku pada mereka
Tapi perasaan yang mana patut aku terima lebih langkaui segalanya
Bagaimana jika tiada yang betul menyapa di jiwa
Bagaimana jika mereka sekadar mengetuk tanpa ada jiwa
Susah rasanya.

Aku sedar susuk tubuh yang boleh diiktiraf hippo ini pasti lagi sukar
untuk mencari malah diterima. Yang sekadar orang mungkin hanya
bermadah bicara.
Tapi salahkah aku percaya pada kata dia pasti ada, jika dia benar orangnya pasti
dia akan sentiasa di sisi. Salahkah aku untuk biar si dia yang mulakan segalanya?
Entah, level aku sebagai muslimah atau sebagai diri aku, sukar rasanya untuk aku berjimba bersama

Walau hati ini penat, melawan segala rasa, Baliklah pada pemilik hati kita yang Utama
Aku yakin pada takdir-Nya, seresah jiwa atau bagaimana sangsinya jiwa aku percaya pada Dia
Hanya Dia lah pemilik sebenar hati dan jiwa ku. Biarlah hati ini diserah pada yang sepatut-Nya.
Biarlah aku persiapkan diri ini dahulu, untuk menjadi yang terbaik. aku mahu menjadi salah seorang yang bidadari di syurga juga mencemburuinya. insyaAllah. moga Allah redha segalanya.
Untuk kau, selagi belum kita disatukan jiwa, biarlah hanya jelingan menjadi bicara. eh. #jk


No comments:

Senyum

 Lihat aku pada post sebelum ini. Pastinya kala itu aku sedang kecewa. Mungkin. Bersyukur aku kerana Tuhan itu Maha Kasih. Beri aku lupa den...