Wednesday, December 2, 2015

DUA proposal tak siap lagi

Sedang aku duduk merancang segmentation, tiba tiba fikiran terlintas pada perkembangan pembelajaranku, yang mana aku yang dulunya seorang yang biasa dalam pembelajaran yang orang kata takde lah membanggakan sngat, just okay lah. biasa biasa saja. pasti orang kebanyakan tika itu akan punya stigma yang tidak jauh pada masa depan aku.
kini, aku yang masih biasa itu masih mengejar untuk capai lebih pada stigma itu akan terus berlari dengan kebiasaan aku .

Sungguh, tipu jika aku kata perjalanan pembelajaran ini mudah. namun, saat kau sedar kau ini hanyalah biasa, teruskanlah melangkah cari 'luar biasa' dalam diri. Sebab pasti setiap manusia itu ada 'keluarbiasaan' dalam diri yang sama ada kita sudah sedar atau mampu cungkil sendiri ataupun kau hanya perlu terus berusaha mencari.

Jangan mudah putus asa dalam kehidupan, merancang dengan baik. Jujur dan ikhlas pada diri, tidak mengapa untuk jadi berbeze pada orang lain, sebab hanya kita yang kenal baik dengan diri kita. sayangi diri, sayangi agama, sayangi orang di sekeliling kita.

Kegagalan itu hanya sementara jika kita berusaha untuk mencapai kejayaan, Usaha parit jerih itu pasti manis jika kita sendri puas dengan apa yang telah kita lakukan. Perjalanan pembelajaranku ini mengajar aku dengan pelbagai rasa dan cerita. Hanya diri kau yang tahu kepuasan rasa itu. cumanya jangan mudah mengalah. Rancang, terus rancang kehidupan. Tiada yang mudah dalam kehidupan, Cabar diri. keluar pada kelompok zon senang, keluar pada kelompok mereka yang biasa biasa, ayuh jadi luar biasa, ayuh jadi berbeza, yakin dan terus melangkah.

Tiada kata yang mengatakan sudah terlambat untuk aku berjaya, selagi kau punya rasa untuk bangkit, untuk capai cita cita untuk jadi seseorang pada masa depan, selagi itu kau punya masa untuk merancag sebaiknya dan terus berlari mengejar. Biarlah mereka yang sudah berjaya, yang sudah pusing mengelingi dunia, itu bahagian mereka, dan sekarang ini bahagian dan cerita kau yang sedang bermula denga penuh rasa teruja untuk capai cita cita . Moga Allah mudahkan urusan pembelajaranku ini dengan jayanya. insyaAllah


No comments:

Senyum

 Lihat aku pada post sebelum ini. Pastinya kala itu aku sedang kecewa. Mungkin. Bersyukur aku kerana Tuhan itu Maha Kasih. Beri aku lupa den...